Thursday, September 3, 2009

Kita adalah pemimpin

Dalam kehidupan kita ini, kita adalah seorang pemimpin. Di sekolah kita adalah ketua kelas atau pengawas atau seorang pelajar yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin oleh itu kita perlu tahu dan sedar bahawa kita tidak boleh lari dari menjadi seorang pemimpin. Siapa dia itu pemimpin............

Pemimpin ialah seorang yang mempunyai daya usaha dan azam yang tinggi untuk memberi kelainan yang positif dalam menjalankan peranan mereka supaya dunia di sekeliling mereka menjadi lebih baik.
Diperingkat sekolah kita sebenarnya dilatih dengan diberikan tugas-tugas kecil sebelum kita dibebani dengan tugas-tugas memimpin yang lebih besar. Lakukan amanah-amanah kecil ini dengan bersungguh-sungguh dan senang hati.
Tapi sebelum kita memimpin orang lain, kita perlu pastikan diri kita telah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan sedia untuk berubah. Bercakaplah dari hati nurani kamu dan bertindaklah dari perasaan hati kamu.
Ada pepatah mengatakan " Sekumpulan kambing yang dipimpin oleh seekor singa lebih ditakuti daripada sekumpulan singa yang dipimpin oleh seekor kambing."
tapi alangkah hebatnya jika sekumpulan singa dipimpin oleh seekor singa jua.

No comments:

Post a Comment