Tahniah kepada semua pelajar atas keputusan UPSR yang diumumkan pada 19 November 2009. Adat mengambil peperiksaan, ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Teruskan usaha kamu walaupun dimana kedudukan kamu.
Saya berharap yang kurang berjaya, itu bukanlah satu jalan penamat tetapi merupakan satu persimpangan yang semakin mencabar. Saya percaya kamu akan mencapai jua kecemerlangan suatu hari nanti yang pentingnya ialah usaha untuk terus belajar perlu diteruskan.
Selamat Maju Jaya..
Sir Nizam
VEC
Assalamualaikum Sir Nizam @ Cikgu KN dan Teacher Shaliza.Saya Aminuddeen Bin Shahpudin atau angah telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.Syukur Alhamdulillah...diatas kurniaanNya.Terima Kasih kepada ibu dan ayah saya yang banyak berkorban tenaga,masa dan wang ringgit dan terima kasih yang tidak terhingga untuk sir dan teacher yg selama ini telah membimbing saya dengan baik.Pengorbanan Sir dan Teacher berdua dari segi masa dan tenaga amat saya hargai.Jasamu akan kukenang selamaya Insya Allah...saya akan cuba meningkatkan prestasi pelajaran saya kerana masa yang masih panjang...untuk ke puncak kejayaan.Tolong do'akan kejayaan anak didikmu ini.Terima Kasih
ReplyDelete