Salam sayang..
Pada suatu hari, Ali mengisahkan ada seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad dan berkata, "Ajarkanlah kepadaku suatu amalan yang membuat Allah dan para makhluk mencintaiku, Allah menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku, dan membangkitkan aku di Padang Mahsyar bersamamu."
Nabi Muhammad menjawab, " Kamu memohon enam perkara, jadi kamu perlu melakukan enam perkara juga.
1) Apabila kamu mahu Allah mencintaimu, takutlah kepadanya dan bertakwalah.
2) Apabila kamu mahu para makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan
jangan mengharap sesuatu daripada apa yang mereka miliki.
3) Apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatlah harta bendamu.
4) Apabila kamu mahu menjadi sihat, banyakkan sedekahmu.
5) Apabila kamu mahu panjang umur, jalinkan silaturrahim dengan saudara-saudaramu.
6) Apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di Padang Mahsyar, panjangkanlah sujudmu
pada Allah yang maha esa dan maha perkasa."
No comments:
Post a Comment