Thursday, August 13, 2009

Kenapa perlu tiusyen?

Salam...

Satu persoalan, kenapa perlu tiusyen? Saya menemui satu penulisan yang diutuskan oleh seorang bapa dan saya bersetuju dengannya mengenai kenapa perlunya menghantar anak-anak ke pusat tiusyen. Beliau memberikan 3 sebab seperti dibawah ini:-

Pertama, bukankah Kementerian Pelajaran yang meluluskan nisbah sehingga 1:40 untuk satu kelas? Di negara seperti England, anak-anak belajar dalam kelas bernisbah 1:20 sahaja. Bagaimanakah seorang guru boleh memberi tumpuan kepada 40 orang pelajar?

Kedua, bukankah Kementerian Pelajaran sedia maklum bahawa, jika terdapat kelas tambahan, maka nisbah guru-pelajar tidak dikurangkan? Sepatutnya sistem tutorial digunakan di mana kelas dipecah kepada 10 hingga 15 pelajar setiap kelas. Di negara maju, mereka menggunakan khidmat pembantu pengajar. Oleh itu, ibu bapa tiada pilihan lain tetapi terpaksa menghantar anak ke tempat tuisyen.

Ketiga, bukankah Kementerian Pelajaran sedia maklum bahawa ramai guru yang dihantar mengikuti kursus dan juga menghadiri raptai hari Kemerdekaan.

Berdasarkan 3 sebab yang diutarakan, cuba kita fikirkan secara akal yang waras, sebab-sebab itu adalah logik dan masuk akal. Oleh itu pusat tiusyan juga perlu mengambil berat dan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pelajar-pelajar ini dapat belajar dengan selesa.

Pusat perkembangan VEC telah mengambil langkah positif dengan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pelajar-pelajar ini belajar dengan menghadkan bilangan pelajar yang sedikit bagi meningkatkan tahap kefahaman dan fokus yang tinggi.

No comments:

Post a Comment