Salam. Pihak VEC mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang dapat meluangkan masa untuk bersama-sama membina ilmu dan menajamkan skill bagi menghadapi UPSR tidak lama lagi.
Pecutan Akhir diberi nama memandangkan peperiksaan tidak lama lagi. Sebagai pelajar kamu jangan berhenti berlari dan terus memecut bagi saat-saat akhir. Ingat impian diri kamu sendiri, harapan ibu dan bapa kamu. Usaha yang kita lakukan ini adalah kecil memandangkan usaha ibu dan bapa kamu yang tidak jemu-jemu menyokong dan mendoakan kamu. Oleh itu kamu wajib membalasnya dan buktikan peperiksaan UPSR ini bukan halangan menyatakan kasih sayang kamu.
Bengkel UPSR pecutan akhir ini dijalankan pada 15 dan 16 Ogos 2009. Bengkel ini dihadiri oleh 17 orang pelajar dari sekolah-sekolah yang berlainan iaitu Sk Ulu Yam, Sk Bandar Baru Batang Kali, Sk Batang kali, Sk Serendah dan Sk Sri Layang. Bengkel ini dapat dijalankan dengan baik dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pelajar. Tahniah semua , kita akan mencipta sejarah pada peperiksaan UPSR tahun ini.
Salam sayang....
Tahniah!
ReplyDelete