Salam,
"The secret to success is know what you want"
Ayat diatas jika direnungi dan dihayati terlalu mendalam maksudnya. Kita perlu tahu apa yang kita mahu dalam hidup kita ini. Pencapaian yang akan kita capai dalam hidup kita ini adalah banyak dan beperingkat-peringkat. Oleh itu kita boleh bahagikan pencapaian kita bagi beberapa tahap iaitu jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
Oleh kerana tidak lama lagi, pelajar akan menduduki peperiksaan UPSR maka target kamu untuk jangka pendek ini ialah mencapai kecemerlangan dalam UPSR iaitu 5A. Jadi set target kamu untuk mencapai 5A dan berusaha untuk mencapainya.
"If we want to achieve GREAT THING, We not only must ACT, but to DREAM. We not only must PLAN but to BELIEVE"
Untuk mencapai kejayaan 5A, kamu mesti hanya berusaha sahaja ( act ) tetapi kamu mesti mengimpikannya ( dream ). Kamu tidak hanya mesti merancang untuk berjaya tetapi perlu percaya yang kamu akan berjaya.
No comments:
Post a Comment