Kajian yang dilakukan oleh "Harvard School" mendapati bahawa " 85% daripada kejayaan individu dan organisasi bergantung kepada ilmu peraturan alam dan sikap ( pengurusan dan kepimpinan ) dan hanya 15% disumberkan oleh ilmu teknikal".
Dimanakah ilmu kepimpinan dan pengurusan ini dapat diperolehi sedangkan disekolah-sekolah, 85% ilmu yang disampaikan adalah ilmu teknikal. Hal ini berlarutan hinggalah ke menara gading yang menyebabkan para graduan terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara manghafal dan memuntahkannya di atas kertas peperiksaan hingga menyebabkan mereka rasa kekok untuk mencari pekerjaan didunia sebenar atau dengan erti kata lain, hidup berdikari dan bersaing.
No comments:
Post a Comment