Salam sayang..
Tahun 2010 akan berakhir tak lama lagi dan tahun 2011 akan menjelma. Vec mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011". Pastinya tahun 2010 telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dan tahun 2011 menuntut azam yang baru. Pada tahun 2011, VEC akan mencuba sebaik mungkin untuk mendidik pejuang-pejuang bangsa semoga diakhirnya akan mencapai kejayaan yang gemilang. Pelajar-pelajar juga diharapkan mempunyai semangat juang yang tinggi dan jitu untuk menempa kejayaan. Kejayaan akan dapat dicapai dengan membina sikap yang baik, bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Kita selama ini sememangnya dianggap sebagai orang yang tidak mempunyai daya juang dan sikap yang baik, tetapi pihak VEC percaya setiap dari kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu digembelingkan dan digilap supaya cahaya kejayaan akan bersinar jua nanti.
Tahun 2011 akan manjadi tahun yang cemerlang bagi kita semua. Selamat menyambut tahun baru dan bertekadlah mengubah sukap kita dan mengapai kejayaan.
VEC
30 Disember 2010.
No comments:
Post a Comment