Salam...
Kita hidup di dunia ini adalah untuk belajar dan dunia ini adalah GURU kita dan pelajaran ini tidak pernah habis sehinggalah ke nafas kita yang terakhir. Dalam kata lain "selagi kita bernafas, sessi pembelajaran akan berterusan".
Dalam kehidupan kita, sessi pembelajaran akan kita dapati daripada orang-orang yang berada di keliling kita ataupun peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia ini. Kita perlu memahami dengan sebaiknya sesuatu pelajaran itu dan fikiran yang terbuka. Satu tindakan yang berkesan perlu diambil sekiranya kita telah pelajari sesuatu. Jika kita tidak mengambil pelajaran ini, maka kita perlu mengulangi lagi berkali-kali.
Kebanyakan kita hanya akan belajar hanya setelah kepala kena ketuk! Persoalannya MENGAPA? Ini menunjukkan kita lebih senang TIDAK BERUBAH dan hanya membuat sesuatu yang biasa kita buat sehinggalah kita terlanggar tembok. Apabila keadaan ini berlaku kita baru nak tersedar dan berfikir untuk mengambil pengajaran dalam kesusahan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment