Salam....
Tak lama lagi umat islam akan menyambut Aidil fitri setelah sebulan kita berpuasa. Kami di VEC sentiasa mendoakan kesejahteraan pelajar-pelajar kami serta keluarganya.
Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini tentunya tidak begitu ceria kerana " UPSR ia around the corner ". UPSR akan dijalankan pada 13 September 2011 atau 15 Syawal 1432. Gembira kena gembira juga tapi jangan terus lupakan buku pelajaran kerana UPSR hanya sekali dalam hidup.
Disamping bergembira dengan keluarga, buku pelajaran haruslah seiring dengan kegembiraan kita. Semoga di akan mendapat kegembiraan berganda semasa keputusan UPSR diumumkan pada hujung tahun nanti.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan pelajar-pelajar UPSR di VEC tak juga dilupakan pelajar-pelajar PMR yang akan menempuh exam pada 4 Oktober 2011. Study smart semasa hari raya ini.
Kami di Virtual Excellent Centre mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN". Kami menghulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan kami sepanjang kami bersama pelajar-pelajar....
p/s Sekiranya buat rumah terbuka jemputlah kami. Insaallah kami cuba untuk sampai.
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizDgCtHWr8LUlZ1wLymCMY3FJFdmiv7Idg3FrSqrziyvGX-tJBJk11_E_JxDKDC7hzW7tyYOAzfGokoYp48utO1HHO43UUUsEvGBei75M6bzSbfu8SbgWU-d7nl_S3Q_ThBYlnXgBypw/s1600/images3333.jpg">
No comments:
Post a Comment