Salam....
Pelajar darjah 6 akan menduduki peperiksaan UPSR pada 13 September 2011. Oleh itu Bulan Ogos ini merupakan bulan akhir mereka belajar di VEC, yuran juga dibayar sehingga bulan Ogos. Pada awal bulan September iaitu selepas cuti raya aidilfitri, pelajar akan menghadiri program intensif yang akan diadakan di sekolah masing-masing.
Kami di VEC ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan kepada kami untuk membantu anak-anak tuan/puan dalam menghadapi peperiksaan ini. Ampun dan Maaf sekiranya ada silap dan salah dari pihak kami. Sempena bulan ramadan dan juga nuzul quran pada 17 Ogos ini, kami akan mendoakan kejayaan para pelajar kami semoga dipermudahkan mereka semasa menduduki peperiksaan nanti.
Iklas....
Sir Nizam
Virtual Excellent Centre
No comments:
Post a Comment