Friday, December 25, 2009

Hidup untuk Memberi

Salam,

Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.
Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin dengan hanya senyuman ataupun dengan doa.
Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.

Hidup ini bukan untuk bersaing tetapi saling berkongsi. " We are here to complete not to compete " - kita di dunia ini bukan untuk bertanding tetapi untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita akan hanya meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara alat dan matlamat.

Pertama, senyum kerana gembira. Kedua, senyum untuk mengembirakan. Senyum pertama kerana mendapat kegembiraan. Manakala senyuman yang kedua kerana hendak memberikan kegembiraan.

Bijak pandai sering mengigatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain.

Salam sayang!
Sir nizam

Tuesday, December 22, 2009

Terima kasih

Gambar dibawah adalah sumbangan ibubapa kepada VEC atas kejayaan anak-anak mereka semasa UPSR 2009. Pihak VEC mengucapkan ribuan terima kasih dan akan terus berusaha menaikkan semangat anak-anak untuk terus belajar.
Dalam diri pelajar mempunyai satu perasaan yang sukar dijangka, ia perlu dipandu dan dibakar semangatnya untuk terus berjaya dalam hidup. Bila kejayaan telah dapat dicapai ia adalah sebenarnya hasil usaha pelajar itu sendiri. Kami cuma membantu 20 peratus sahaja daripada kecemerlangan itu.

Ribuan terima kasih juga kepada ibubapa yang lain atas sumbangan yang telah diberikan. Selamat Maju Jaya.



JADUAL WAKTU JANUARI 2010

Bulan Januari akan datang tak lama lagi. Jadual pembelajaran pada bulan Januari 2010 adalah seperti berikut. Pada 30 Januari adalah hari Taipusam, tapi kelas akan diadakan untuk mencukupkan masa pembelajaran. Klik 2 kali pada jadual dibawah untuk membesarkannya. Terima kasih.

Wednesday, December 16, 2009

Kelas telah bermula untuk bulan Disember

Gambar-gambar dibawah ini adalah pelajar-pelajar yang dapat hadir semasa kelas dijalankan pada bulan Disember. Kepada yang masih bercuti, selamat bercuti dan ada juga yang bersunat. Kepada calon-calon yang menantikan keputusan PMR, keputusan akan diumumkan pada 29 Disember nanti.





Monday, November 23, 2009

JADUAL WAKTU DISEMBER 2009

salam 1 malaysia.
Dibawah ini adalah jadual pembelajaran VEC pada bulan Disember 2009. Sekiranya jadual ini tidak jelas klik pada jadual tersebut untuk zoom in.


Thursday, November 19, 2009

Sesi pembelajaran 2010


Pihak Virtual Excellent Centre akan memulakan sesi pembelajaran pada bulan Disember 2009. Kelas ini dibuka bagi pelajar-pelajar yang tidak bercuti lama dikampung halaman.




Pihak VEC menyusun atur semula centre bagi sessi pembelajaran akan datang...


Keputusan UPSR 2009

Tahniah kepada semua pelajar atas keputusan UPSR yang diumumkan pada 19 November 2009. Adat mengambil peperiksaan, ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Teruskan usaha kamu walaupun dimana kedudukan kamu.

Saya berharap yang kurang berjaya, itu bukanlah satu jalan penamat tetapi merupakan satu persimpangan yang semakin mencabar. Saya percaya kamu akan mencapai jua kecemerlangan suatu hari nanti yang pentingnya ialah usaha untuk terus belajar perlu diteruskan.

Selamat Maju Jaya..
Sir Nizam
VEC

Tuesday, October 20, 2009

Sambutan Hari Raya di VEC 2009

Pada 17 Oktober 2009, bersamaan 28 Syawal 1430, pihak Virtual Excellent Centre buat julung-julung kalinya mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kedatangan pelajar dan ibu bapa dan penjaga adalah amat menggalakkan dan sungguh meriah. Pihak VEC juga ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan kuih-muih dan juadah yang disumbangkan oleh ibubapa penjaga. Diharapkan aktiviti ini akan dapat dijalankan lagi dimasa akan datang dan keakraban diantara kita kan terjalin dengan lebih erat lagi.
Kek Selamat Hari Raya ini disumbangkan oleh Ibubapa penjaga..... terima kasih.


Juadah yang disediakan.... coktail juga disumbangkan oleh ibu bapa penjaga..... terima kasih.

Juadah yang disediakan ialah Ayam masak pedas, lemang, ketupat, rendang daging, Mee Hoon singapore dan lontong.....



Otak-otak juga disumbangkan oleh ibubapa penjaga....... terima kasih...


Pihak Virtual Excellent Centre juga mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang telah meluangkan masa membantu menyediakan hidang di Centre dan juga pelajar yang membantu untuk menghidangkan kepada para tetamu yang hadir...... terima kasih......



Antara pelajar yang terawal sampai di majlis tersebut..... cantik dan bergaya dengan baju raya masing-masing....

Pelajar kecil makan dengan duduk bersila.......... hebat...