Monday, July 18, 2011

Bengkel mencapai impian

Salam.....

Pada 24 Julai 2011, Pihak VEC akan menganjurkan bengkel kecemerlangan UPSR yang ke 4. Bengkel ini akan diadakan selama sehari bermula pada pukul 8.45 pagi sehingga 6 petang. Bengkel ini adalah merupakan satu bengkel persediaan sebelum peperiksaan percubaan pada minggu seterusnya ( 26 Julai ). Diharapkan bengkel ini akan memberikan manfaat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Pelajar yang menyertai bengkel ini dikenakan bayaran RM30.00. Kos ini termasuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Pihak VEC mengharapkan jamuan makan ini adalah satu usaha kesyukuran nikmatnya dan juga sempena kedatangan bulan ramadan tidak lama lagi.

Pihak VEC akan cuba sebaik mungkin membina pelajar dengan harapan bantuan doa dari ibubapa / penjaga semua. Diharapkan usaha kecil ini akan membuahkan hasil yang bermakna kelak.


Sir Nizam... 017 388 2312