UPSR 2011 terbaik dalam tempoh empat tahun
17/11/2011 11:29am
PUTRAJAYA 17 Nov. - Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.
Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.
Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini. - Bernama
KOMITMEN KAMI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN PENCAPAIAN TAHAP TERTINGGI DALAM SEGALA HAL YANG BERKAITAN DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PERKEMBANGAN POTENSI PELAJAR SECARA MENYELURUH
Wednesday, November 16, 2011
Tahniah! UPSR 2011
Salam...
Hari ini 17 November 2011, Keputusan UPSR 2011 akan diumumkan. VEC mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar yang berjaya memperolehi 5A. Kepada yang kurang berjaya jangan putus asa. Kita wajib berusaha labih gigih lagi untuk mencapai kejayaan lain...
Minta maklumkan kepada pihak VEC keputusan anda....

Subscribe to:
Posts (Atom)