Friday, December 23, 2011

keputusan pmr 2011

34,271 calon dapat semua A

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 22 Dis. – Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.

“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.

Monday, December 12, 2011

PBS

Rasional pelaksanaan PBS

OLeh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.

Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.

Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki

Sekadar renungan.

Salam sayang..

Pada suatu hari, Ali mengisahkan ada seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad dan berkata, "Ajarkanlah kepadaku suatu amalan yang membuat Allah dan para makhluk mencintaiku, Allah menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku, dan membangkitkan aku di Padang Mahsyar bersamamu."

Nabi Muhammad menjawab, " Kamu memohon enam perkara, jadi kamu perlu melakukan enam perkara juga.
1) Apabila kamu mahu Allah mencintaimu, takutlah kepadanya dan bertakwalah.
2) Apabila kamu mahu para makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan
jangan mengharap sesuatu daripada apa yang mereka miliki.
3) Apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatlah harta bendamu.
4) Apabila kamu mahu menjadi sihat, banyakkan sedekahmu.
5) Apabila kamu mahu panjang umur, jalinkan silaturrahim dengan saudara-saudaramu.
6) Apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di Padang Mahsyar, panjangkanlah sujudmu
pada Allah yang maha esa dan maha perkasa."

Monday, November 21, 2011

Jadual Januari 2012

Salam.

Jadual untuk tahun baru telah dikeluarkan sila dapatkan di VEC. Tahniah kepada ibubapa / penjaga yang telah mendaftar untuk sesi pembelajaran 2012. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi sir nizam - 017 3882312 atau di e-mail cgnizam@yahoo.com



klik 2x untuk besarkan.

Jadual Disember 2011

klik 2x untuk besarkannya.

Wednesday, November 16, 2011

keputusan upsr - utusan malaysia

UPSR 2011 terbaik dalam tempoh empat tahun
17/11/2011 11:29am

PUTRAJAYA 17 Nov. - Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini. - Bernama

Tahniah! UPSR 2011

Salam...

Hari ini 17 November 2011, Keputusan UPSR 2011 akan diumumkan. VEC mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar yang berjaya memperolehi 5A. Kepada yang kurang berjaya jangan putus asa. Kita wajib berusaha labih gigih lagi untuk mencapai kejayaan lain...

Minta maklumkan kepada pihak VEC keputusan anda....

Wednesday, October 19, 2011

Pendaftaran 2012

Salam.....

Pihak VEC telah membuka pendaftaran baru bagi sessi pembelajaran 2012. Sila mendaftar bagi memastikan mendapat tempat. Kelas pada tahun 2012 akan dihadkan seramai 25 orang pelajar sahaja.....

Sekiranya tempat telah penuh, pihak VEC memohon maaf kerana terpaksa menolak pendaftaran seterusnya.


sir nizam, 017 3882312

Tuesday, October 11, 2011

PMR 2011 dah berakhir

Salam...

Hari ini 11 Oktober merupakan hari terakhir PMR bagi subjek Bahasa Arab.... dah ramai yang telah rehat minda maklumlah exam dah berlalu. Dari cakap-cakap pelajar PMR tahun ini tidak sukar mana..... sir dan teacher doakan kejayaan semua pelajar VEC...

Tuesday, October 4, 2011

Pecutan akhir pmr - bm

Gambar di bawah diambil pada kelas BM terakhir bagi pelajar PMR 2011. Alhamdulillah apa yang dibincangkan banyak membantu.





Sunday, September 18, 2011

2011 VEC RAYA

SELAMAT HARI RAYA 2011.



Bekas pelajar VEC iaitu Nabila ( SEMASHUR ) dan Akma ( SBPI Sabak Bernam )



Pelajar darjah 6 tahun 2011.











Pelajar tingkatan 3 tahun 2011.



Bekas pelajar yang pernah bersama dengan VEC. Terima kasih kerana sudi datang.











Suasana raya di VEC.


Wajah pelajar yang datang beraya di VEC.

Wednesday, September 14, 2011

Bilangan calon UPSR 2011

Calon yang menduduki UPSR pada tahun 2011 ialah seramai 497,691 orang pelajar.
Selamat berjaya....

Syarat lulus B.I bagi SPM

Kaji SPM wajib lulus BI
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat keputusan sama ada semua pelajar tingkatan lima wajib lulus Bahasa Inggeris bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Menurutnya, ketika ini kementerian masih meneliti cadangan yang mewajibkan pengambil SPM lulus mata pelajaran terbabit dan ia masih lagi dalam fasa kajian menyeluruh sebelum sebarang pengumuman dapat dibuat. “Kita sedang meneliti dan kaji perkara ini. Kalau kita punyai guru Bahasa Inggeris mencukupi dan boleh dihantar ke semua sekolah di seluruh negara dengan kurikulum pembelajarannya baru....mungkin kita akan letakkan sasaran wajib lulus.


“Keputusannya tidak lama lagi selepas kita menilai prestasi sedia ada,” katanya selepas Majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, semalam. Cadangan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris bagi memperoleh sijil SPM antara lain mahu memastikan pelajar Malaysia mampu menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cemerlang.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, proses pembelajaran Bahasa Inggeris perlu dinilai sepanjang masa dan bukan hanya ketika musim peperiksaan.


Katanya, usaha meningkatkan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran berkenaan sedang dipergiatkan, malah kementerian sudah mula meneliti aspek berkaitan sejak mengkaji balik kurikulum dan memperkenalkan kandungan baru.


“Kita masukkan pelbagai kandungan yang menyeronokkan, komponen tatabahasa, sastera dan menambah waktu untuk belajar dan yang penting kita tekankan aspek tenaga pengajar terlatih.

“Sebab itu diadakan skim membawa masuk adi guru atau ‘master teacher’ dari United Kingdom yang kita tempatkan di zon seluruh negara untuk memantau cara guru Bahasa Inggeris mengajar di sekolah.


“Ini dah kita laksana...,tapi saya belum dapat lagi laporan bagaimana prestasi hasil pelaksanaan program pertama ini,” katanya.

Beliau berkata, tahun depan kerajaan akan menokok usaha terbabit dengan membawa masuk pakar Bahasa Inggeris di bawah program Fulbright English Teaching Assistant (Fulbright ETA) dari Amerika Syarikat.


“Ini adalah sasaran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dulu dan mereka sudah bersetuju. Awal tahun ini seramai 50 orang tenaga pengajar akan dibawa masuk, tapi jangkaannya sehingga 300 guru dari Amerika Syarikat,” katanya. Muhyiddin turut meminta supaya semua pihak tidak gopoh menilai kejayaan program dilaksana dalam tempoh singkat, sebaliknya keberhasilannya perlu dinilai menjelang dua atau tiga tahun akan datang.

Tuesday, September 13, 2011

CATATAN WORKSHOP UPSR 2011






















Pelajar makan tengahari pada workshop ke 2 iaitu nasi ayam.







Pelajar yang mengikuti workshop PMR sedang dibimbing.