Friday, September 4, 2009

Terus berusaha

Teruskan usaha murnimu dengan gigih dan "Selamat BERJAYA"

Ilmu Allah itu Luas, Carilah ilmu itu dimana jua.

Study hard and best result.
Virtual Excellent Centre
mengucapkan selamat menempuh peperiksaan dan semoga berjaya.
" Kejayaan kamu menjadi kebanggaan VEC "



Teruskan belajar

Salam..
Sebagai peringatan untuk diriku dan perkongsian ilmu.....

Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud;


" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam".

Ini adalah ayat pertama yang diturunkan yang sangat menekankan kepada pentingnya kita untuk terus menuntut ilmu.
"Ketahuilah bahawa menuntut ilmu itu ( hukumnya ) wajib."

Oleh kerana menuntut ilmu itu sangat ditekankan kepada kita umat islam daripada dalam buaian sehinggalah ke liang kubur.
Aktiviti belajar perlulah dilakukan sepanjang hidup kita atau selagi hayat dikandung badan, dan sebagai pemimpin sejati kita tidak boleh berhenti belajar.
Cuba lihat gambar diatas? Apa yang dilihat dan difikirkan? Apakah gelas itu setengah penuh atau setengah kosong?

Jika kamu melihat gelas itu setengah kosong, maka anda termasuklah orang yang pesimis.

Jika kamu melihat gelas itu setengah terisi, maka bererti anda seorang yang optimis.

Dalam proses belajar, perlulah half full, tidak pernah penuh, ertinya kita selalu bersedia untuk menerima maklumat, ilmu pengetahuan dan skill yang baru. Sehingga kita akan selalu belajar untuk memenuhkan gelas itu tapi gelas itu tidak pernah penuh.


Rahsia kejayaan Nik Nur Madihah ( pelajar terbaik SPM 2008 ) ialah:

"Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa".


Oleh itu.....
KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA TIDAK AKU,



Salam sayang..
Sir Nizam, VEC.


Wajib ambil suhu badan


Salam..

Semua calon UPSR wajib menjalani ujian suhu badan sebelum menduduki peperiksaan sebagai langkah mengelak penularan wabak influza A ( H1N1 ). Sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius, mereka perlu diasingkan. ( Kenyataan dari Timbalan Menteri Pelajaran - Datuk Dr. Wee Ka Siong )

Saya nak cadangkan pelajar perlu ada alat untuk memeriksa suhu badan dan sebelum ke sekolah eloklah memeriksa sendiri suhu badan sendiri. Oleh itu para pelajar perlu menjaga kesihatan diri dengan sebaik mungkin, cuba elakkan daripada menghadapi situasi yang perlu diasingkan. Ini kerana takut kamu akan rasa rendah diri dan menganggu tumpuan untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR.

Sempena cuti pada hari isnin kerana nuzul quran, berbanyaklah berdoa untuk Allah mempermudahkan kita menjawab soalan dan juga ambil kesempatan untuk berehat secukupnya. Saya percaya kamu telah berusaha dengan gigih maka selepas berusaha kita perlu serahkan kepada Allah dengan berdoa untuk dipermudahkan urusan kita.

Silalah datang ke VEC jika masih ada kemuskilan dan untuk mendapat tip-tip terakhir sebelum peperiksaan UPSR. Selamat Maju Jaya....

Salam sayang
Sir Nizam, VEC

Thursday, September 3, 2009

Kita adalah pemimpin

Dalam kehidupan kita ini, kita adalah seorang pemimpin. Di sekolah kita adalah ketua kelas atau pengawas atau seorang pelajar yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin oleh itu kita perlu tahu dan sedar bahawa kita tidak boleh lari dari menjadi seorang pemimpin. Siapa dia itu pemimpin............

Pemimpin ialah seorang yang mempunyai daya usaha dan azam yang tinggi untuk memberi kelainan yang positif dalam menjalankan peranan mereka supaya dunia di sekeliling mereka menjadi lebih baik.
Diperingkat sekolah kita sebenarnya dilatih dengan diberikan tugas-tugas kecil sebelum kita dibebani dengan tugas-tugas memimpin yang lebih besar. Lakukan amanah-amanah kecil ini dengan bersungguh-sungguh dan senang hati.
Tapi sebelum kita memimpin orang lain, kita perlu pastikan diri kita telah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan sedia untuk berubah. Bercakaplah dari hati nurani kamu dan bertindaklah dari perasaan hati kamu.
Ada pepatah mengatakan " Sekumpulan kambing yang dipimpin oleh seekor singa lebih ditakuti daripada sekumpulan singa yang dipimpin oleh seekor kambing."
tapi alangkah hebatnya jika sekumpulan singa dipimpin oleh seekor singa jua.

Salam Ramadan


Wednesday, September 2, 2009

Pesanan

Salam...

Peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa hari lagi ( 5 hari lagi ). Jangan leka dengan bermain sahaja, ingat peperiksaan ini adalah penting dan kamu mesti mencapai keputusan yang sebaik mungkin. Jaga kesihatan diri supaya sentiasa sihat dan dapat mengambil peperiksaan dengan tenang.

Kita dah sama-sama berusaha dari awal tahun sehingga ke hari ini, Usaha telah kita buat maka tawakal dan berdoa adalah usaha kita yang terakhir. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan minta maaf dengan ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan. Minta mereka sentiasa mendoakan kejayaan kamu.

Sir dan teacher sentiasa mendoakan kamu semua sentiasa sihat dan cemerlang selalu.

salam sayang...
Sir Nizam