Wednesday, August 19, 2009

Pesanan motivasi 2

"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di sekolah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, kamu telah menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu dalam bentuk kejayaan 5A dalam UPSR ini".

Ingatlah;-

Ramai orang bermula pada garisan yang betul, kemudian berlari pantas mengejar matlamat, tetapi ketika menghampiri garisan penamat dia mula kehilangan tenaga. Menyangka kejayaan semakin hampir untuk dicapai, dia kerap tersenyum lalu akhirnya larian menjadi perlahan. Tatkala dia hampir mencecah garisan penamat orang lain tiba-tiba memintas.

Pesanan motivasi

Salam,

"The secret to success is know what you want"

Ayat diatas jika direnungi dan dihayati terlalu mendalam maksudnya. Kita perlu tahu apa yang kita mahu dalam hidup kita ini. Pencapaian yang akan kita capai dalam hidup kita ini adalah banyak dan beperingkat-peringkat. Oleh itu kita boleh bahagikan pencapaian kita bagi beberapa tahap iaitu jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Oleh kerana tidak lama lagi, pelajar akan menduduki peperiksaan UPSR maka target kamu untuk jangka pendek ini ialah mencapai kecemerlangan dalam UPSR iaitu 5A. Jadi set target kamu untuk mencapai 5A dan berusaha untuk mencapainya.

"If we want to achieve GREAT THING, We not only must ACT, but to DREAM. We not only must PLAN but to BELIEVE"

Untuk mencapai kejayaan 5A, kamu mesti hanya berusaha sahaja ( act ) tetapi kamu mesti mengimpikannya ( dream ). Kamu tidak hanya mesti merancang untuk berjaya tetapi perlu percaya yang kamu akan berjaya.

Monday, August 17, 2009

Iklan TV

Klip Video ini sekarang selingan dan renungan.

Ambil iktibar yang baik darinya.....

Tiang kecemerlangan





Salam....

Dalam kita semua mengejar kecemerlangan hidup, jangan kita melupakan solat. Solat adalah merupakan tiang agama. Ia patut ditegakkan dengan tekad dan kesungguhan yang tinggi.

"Study kuat-kuat, solat jangan tak buat"...

Guru oh guru

Kartun ini sekadar selingan sahaja...








Sunday, August 16, 2009

Bengkel UPSR pecutan akhir














































































































Salam. Pihak VEC mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang dapat meluangkan masa untuk bersama-sama membina ilmu dan menajamkan skill bagi menghadapi UPSR tidak lama lagi.
Pecutan Akhir diberi nama memandangkan peperiksaan tidak lama lagi. Sebagai pelajar kamu jangan berhenti berlari dan terus memecut bagi saat-saat akhir. Ingat impian diri kamu sendiri, harapan ibu dan bapa kamu. Usaha yang kita lakukan ini adalah kecil memandangkan usaha ibu dan bapa kamu yang tidak jemu-jemu menyokong dan mendoakan kamu. Oleh itu kamu wajib membalasnya dan buktikan peperiksaan UPSR ini bukan halangan menyatakan kasih sayang kamu.
Bengkel UPSR pecutan akhir ini dijalankan pada 15 dan 16 Ogos 2009. Bengkel ini dihadiri oleh 17 orang pelajar dari sekolah-sekolah yang berlainan iaitu Sk Ulu Yam, Sk Bandar Baru Batang Kali, Sk Batang kali, Sk Serendah dan Sk Sri Layang. Bengkel ini dapat dijalankan dengan baik dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pelajar. Tahniah semua , kita akan mencipta sejarah pada peperiksaan UPSR tahun ini.
Salam sayang....