Friday, March 4, 2011

Gerhana - indahnya ciptaan allah

Gerhana bulan.... bumi berada diantara matahari dan bulan. Bayang-bayang bumi dapat dilihat dibulan. Ini menunjukkan bahawa bumi ini bulat.



Gerhana matahari..... bulan berada di antara matahari dan bumi. Fenomena cincin berlian dapat dilihat apabila bulan melindungi matahari sepenuhnya.

Sunday, February 27, 2011

Jadual Mac 2011

Salam....
Jadual bulan Mac 2011 telah dikeluarkan. Terdapat sedikit perubahan kelas semasa waktu cuti iaitu pada hari isnin dan selasa ( 14 Mac dan 15 Mac ). Kelas ganti ini adalah untuk memenuhkan bilangan kelas pada bulan Mac.


Terima kasih.

Bengkel UPSR 1

Salam....

Tahniah kepada pelajar darjah 6, yang telah mengikuti bengkel UPSR siri 1. Bengkel yang dijalankan pada 27 Februari 2011 telah dihadiri oleh 35 pelajar. Bengkel yang telah dijalankan menumpukan subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Semoga apa yang telah kita usahakan mendapat keredaan daripada Allah dan akan dipermudahkan ilmu untuk kita semua... Kami di VEC mendoakan kebahagiaan untuk semua pelajar.