Thursday, August 13, 2009

Kenapa perlu tiusyen?

Salam...

Satu persoalan, kenapa perlu tiusyen? Saya menemui satu penulisan yang diutuskan oleh seorang bapa dan saya bersetuju dengannya mengenai kenapa perlunya menghantar anak-anak ke pusat tiusyen. Beliau memberikan 3 sebab seperti dibawah ini:-

Pertama, bukankah Kementerian Pelajaran yang meluluskan nisbah sehingga 1:40 untuk satu kelas? Di negara seperti England, anak-anak belajar dalam kelas bernisbah 1:20 sahaja. Bagaimanakah seorang guru boleh memberi tumpuan kepada 40 orang pelajar?

Kedua, bukankah Kementerian Pelajaran sedia maklum bahawa, jika terdapat kelas tambahan, maka nisbah guru-pelajar tidak dikurangkan? Sepatutnya sistem tutorial digunakan di mana kelas dipecah kepada 10 hingga 15 pelajar setiap kelas. Di negara maju, mereka menggunakan khidmat pembantu pengajar. Oleh itu, ibu bapa tiada pilihan lain tetapi terpaksa menghantar anak ke tempat tuisyen.

Ketiga, bukankah Kementerian Pelajaran sedia maklum bahawa ramai guru yang dihantar mengikuti kursus dan juga menghadiri raptai hari Kemerdekaan.

Berdasarkan 3 sebab yang diutarakan, cuba kita fikirkan secara akal yang waras, sebab-sebab itu adalah logik dan masuk akal. Oleh itu pusat tiusyan juga perlu mengambil berat dan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pelajar-pelajar ini dapat belajar dengan selesa.

Pusat perkembangan VEC telah mengambil langkah positif dengan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pelajar-pelajar ini belajar dengan menghadkan bilangan pelajar yang sedikit bagi meningkatkan tahap kefahaman dan fokus yang tinggi.

Tuesday, August 11, 2009

VEC, June 2008



Vec, mula beroperasi pada Jun 2008, Pada permulaan tidak ramai pelajar yang mendaftar ini kerana VEC beroperasi pada pertengahan tahun dan pelajar yang mendaftar adalah pelajar sekitar seksyen 4, Batang Kali.

Monday, August 10, 2009

Suatu wadah perjuangan

Salam.

VEC adalah singkatan bagi Virtual Excellent Centre iaitu satu pusat perkembangan ilmu bagi masyarakat di sekitar batang kali. VEC ini telah ditubuhkan pada Jun 2008. VEC adalah pusat tiusyen yang menitik beratkan perkembangan pelajar-pelajarnya. Kelebihan yang ada di VEC ialah bilangan pelajarnya tidak ramai bagi suatu kelas bagi memaksimakan fokus pembelajaran dan pemahaman.
Matapelajaran yang ditawarkan di sini adalah untuk 4 matapelajaran sahaja iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelas dibuka untuk pelajar dari darjah 1 sehingga pelajar tingkatan 3.
Satu pakej lain yang menarik perhatian ibu bapa ialah Kelas Prep Malam ( KPM ). Kelas ini diadakan setiap malam kecuali hari Ahad. Pihak VEC menyediakan tempat untuk pelajar menelaah matapelajaran dengan pemantauan guru. Pakej KPM ini diwujudkan berasakan strategi belajar pelajar-pelajar SBP yang setiap tahun mencipta kecemerlangan dalam akademik.
Salam perkenalan...
VEC