Friday, December 25, 2009

Hidup untuk Memberi

Salam,

Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.
Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin dengan hanya senyuman ataupun dengan doa.
Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.

Hidup ini bukan untuk bersaing tetapi saling berkongsi. " We are here to complete not to compete " - kita di dunia ini bukan untuk bertanding tetapi untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita akan hanya meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara alat dan matlamat.

Pertama, senyum kerana gembira. Kedua, senyum untuk mengembirakan. Senyum pertama kerana mendapat kegembiraan. Manakala senyuman yang kedua kerana hendak memberikan kegembiraan.

Bijak pandai sering mengigatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain.

Salam sayang!
Sir nizam

Tuesday, December 22, 2009

Terima kasih

Gambar dibawah adalah sumbangan ibubapa kepada VEC atas kejayaan anak-anak mereka semasa UPSR 2009. Pihak VEC mengucapkan ribuan terima kasih dan akan terus berusaha menaikkan semangat anak-anak untuk terus belajar.
Dalam diri pelajar mempunyai satu perasaan yang sukar dijangka, ia perlu dipandu dan dibakar semangatnya untuk terus berjaya dalam hidup. Bila kejayaan telah dapat dicapai ia adalah sebenarnya hasil usaha pelajar itu sendiri. Kami cuma membantu 20 peratus sahaja daripada kecemerlangan itu.

Ribuan terima kasih juga kepada ibubapa yang lain atas sumbangan yang telah diberikan. Selamat Maju Jaya.



JADUAL WAKTU JANUARI 2010

Bulan Januari akan datang tak lama lagi. Jadual pembelajaran pada bulan Januari 2010 adalah seperti berikut. Pada 30 Januari adalah hari Taipusam, tapi kelas akan diadakan untuk mencukupkan masa pembelajaran. Klik 2 kali pada jadual dibawah untuk membesarkannya. Terima kasih.