Saturday, August 27, 2011

Mercun dan calon UPSR

Salam...

Ambil iktibar dari kes yang telah berlaku. Kalau nak main mercun juga jaga ibu jari....



Laluan ke asrama penuh

3A 2B layak ke asrama penuh

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan syarat kemasukan baru untuk murid miskin dan luar bandar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan 2012.

Kata Timbalan Perdana Menteri, bagi murid daripada keluarga miskin, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 3A 2B.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, bagi murid dari luar bandar pula, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 4A 1B.

‘‘Sehubungan dengan itu, murid daripada keluarga miskin dan murid dari luar bandar yang memperoleh keputusan seperti yang disebut akan diberi pertimbangan untuk kemasukan ke SBP.

‘‘Syarat kemasukan ini efektif untuk kemasukan ke SBP bagi tahun 2012,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhyiddin menambah, Kementerian Pelajaran menyedari ramai murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar.

Malah katanya, ada juga antara mereka yang tidak dapat menumpukan pada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

‘‘Kementerian Pelajaran juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pengetahuan am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu,” katanya.

Justeru kata Muhyiddin, perubahan syarat kemasukan kepada golongan murid itu diyakini akan membantu murid tersebut mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

Matlamat utama tambah beliau, supaya murid-murid itu mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu merubah taraf hidup.