Wednesday, February 9, 2011

SIKAP




Ada seorang lelaki yang hidup nya bekerja sebagai penjual belon di funfair. setiap hari, jika jualan belonnya kurang, dia akan melepaskan satu belon helium so that bila belon tu naik atas, semua kanak-kanak mahukan satu juga dan jualan belon akan meningkat. Suatu hari, bila jualan belonnya berkurangan, dia melepaskan satu belon merah. tiba-tiba jaketnya ditarik dari bawah..Bila dia pandang kebawah, terlihat seorang budak lelaki.
Budak kecil tu bertanya,"kalau pakcik lepaskan belon merah yang lagi satu tu, adakah ia akan terbang ke langit juga?" Dengan ringkas pakcik belon tu menjawab," adik, ia bukan sebab warna belon tu membuatkan ia akan terbang, tapi apa yan terkandung di dalam belon tersebut yang membuatkan ia terbang ke langit."

Dari cerita diatas, prinsip yang sama juga boleh di kaitkan dalam hidup kita. Apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang boleh buat ia terbang keatas? Dan apa yang terkandung dalam diri kita yang boleh buat diri kita berjaya ialah sikap kita.

The greatest discovery of my generation is that human beings can alter their lives by altering their attitudes of mind

Satu kajian di Harvard University mengatakan 85% orang berjaya mendapat pekerjaan adalah disebabkan oleh sikap mereka dan hanya 15% disebabkan kecerdikan dan pengetahuan fakta.. terkejut bukan???

Asas kepada kejayaan anda ialah sikap anda sendiri.. Cuba kita bertanya pada diri kita sendiri, adakah sikap kita ini positif? dan adakah sikap kita akan memberi kesan kepada cita-cita kita?

sikap kita yang menentukan apa yang kita mahu. kepada orang yang berfikiran positif, ia adalah satu batu loncatan untuk berjaya dan kepada orang yang berfikiran negatif, ia adalah satu blok halangan kepada dunia hadapan.=)




Di dalam buku Think and Grow Rich, karya Napoleon Hill, mengatakan setiap masalah yang timbul datang dengan peluang yang baik yang sama atau lebih baik daripada masalah..


Pernah tak kita melihat mengapa ada some individu, organisasi, atau negara lebih berjaya berbanding yang lain? Sebenarnya, takde pun rahsia untuk mereka tapi mereka telah buat satu benda. Melabur dalam satu asset yang sangat berguna iaitu MANUSIA. Bila mereka mengubah sikap manusia, akhirnya manusia yang terbaik akan dilahirkan.

People can be your biggest asset

Bagaimana kita nak kenal pasti orang yang mempunyai sikap positif ?

Orang yang mempunyai sikap positif sangat senang nak dikenal pasti. Mereka seorang penyayang, confident, sabar and rendah diri. Mereka ada high expectations of themselves and others.

Bila kita tahu kita mempunyai sikap yang negatif, mengapa kita tidak mahu berubah?


Manusia selalunya susah untuk berubah kerana perubahan yang mereka alami sangat tak selesa.. Tak kira lah jika ia perubahan positif atau negatif, setiap perubahan selalunya sangat stressful.
kadang kala, kita rasa senang dengan sikap negatif kita dan bila kita nak berubah menjadi lebih baik, kita tak dapat menerima kenyataan..hasilnya, kita tetap dengan sikap negatif kita.


Saya ada satu cerita, mengenai banduan di penjara yang telah lama tinggal didalam lokap. Selepas di lepasakan ke dunia luar ( tamat tempoh ) , dia melihat dunia luar sangat tak selesa dan banduan ini tadi meminta dirinya dipenjarakan semula. Bagi banduan tersebut, palang-palang besi dan kegelapan sangat serasi dengan dia, rasa selamat dan selesa berbanding menerima dunia luar yang bebas. Banduan tersebut tak dapat menerima kenyataan positif bahawa dia telah tamat tempoh dipenjara.


Jika semasa hidup kita bersikap negatif, hidup kita sendiri akan terhalang, tak bebas seperti burung di angkasa. Kejayaan yang kita mahu semuanya terencat.


Apa kata, bermula saat ini, kita cuba berubah, sedikti demi sedikit, insyaAllah, next artikel saya nanti akan saya tulis bagaimana untuk bina sikap yang baik.

Monday, February 7, 2011

Pelajar darjah 5 tahun 2011



Teknik belajar

Salam...

Teknik belajar yang baik ialah satu teknik belajar dengan membina gambar atau peta minda. Pelajar perlu membinanya sendiri ndengan gambar dan warna tertentu bagi meningkatkan tahap kefahaman yang berkesan.