Thursday, August 18, 2011

Fikirkan!

Salam....

Belakangan ini, pelajar-pelajar lebih terdorong untuk menjadi bintang filem, penyanyi, ratu cantik, bintang bola sepak. Mengapakah keadaan ini berlaku? Ini adalah kerana mereka ingin mengejar kemasyuran, wang dan prestij. Mereka melihat di depan mata mereka sendiri, artis-artis yang glamour, mempunyai kemewahan dan menjadi pujaan ramai. Mereka lebih mengangankan untuk menjadi seperti bintang pujaan mereka.

Fenomena inilah menjadi penyebab mengapa pelajar sekolah pada masa ini sukar untuk dimotivasikan. Mereka tahu kejayaan profesional tidak lagi bergantung pada kejayaan akademik semata-mata seperti pada masa lalu.


VEC....

Sifat orang cemerlang

Salam..

Banyak sungguh catatan yang berkaitan dengan orang-orang yang cemerlang.... Satu kesimpulan yang dapat dirumuskan mengenai orang cemerlang ialah:-

a) NIAT yang betul
b) Ada WAWASAN dan MATLAMAT
c) Berani dan sanggup BERKORBAN
d) Sentiasa menambah ILMU
e) FOKUS
f) DAYA TAHAN yang tinggi
g) Bersifat WARAK
h) SABAR
i) CONTOHI orang-orang yang berjaya
j) TEKUN
k) Mengambil pengajaran dari pengalaman
l) Manfaatkan masa muda
m) AMANAH dan JUJUR
n) KERJA BERPASUKAN


.....

Tuesday, August 16, 2011

Salam aidil fitri



Salam....

Tak lama lagi umat islam akan menyambut Aidil fitri setelah sebulan kita berpuasa. Kami di VEC sentiasa mendoakan kesejahteraan pelajar-pelajar kami serta keluarganya.

Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini tentunya tidak begitu ceria kerana " UPSR ia around the corner ". UPSR akan dijalankan pada 13 September 2011 atau 15 Syawal 1432. Gembira kena gembira juga tapi jangan terus lupakan buku pelajaran kerana UPSR hanya sekali dalam hidup.

Disamping bergembira dengan keluarga, buku pelajaran haruslah seiring dengan kegembiraan kita. Semoga di akan mendapat kegembiraan berganda semasa keputusan UPSR diumumkan pada hujung tahun nanti.

Kami sentiasa mendoakan kejayaan pelajar-pelajar UPSR di VEC tak juga dilupakan pelajar-pelajar PMR yang akan menempuh exam pada 4 Oktober 2011. Study smart semasa hari raya ini.

Kami di Virtual Excellent Centre mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN". Kami menghulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan kami sepanjang kami bersama pelajar-pelajar....

p/s Sekiranya buat rumah terbuka jemputlah kami. Insaallah kami cuba untuk sampai.

href="http://4.bp.blogspot.com/-LnxCfUa9ljw/TkryJ8rcDmI/AAAAAAAACi8/2qJoJYXBSuo/s1600/images3333.jpg">

Catatan

Salam...

Kita hidup di dunia ini adalah untuk belajar dan dunia ini adalah GURU kita dan pelajaran ini tidak pernah habis sehinggalah ke nafas kita yang terakhir. Dalam kata lain "selagi kita bernafas, sessi pembelajaran akan berterusan".

Dalam kehidupan kita, sessi pembelajaran akan kita dapati daripada orang-orang yang berada di keliling kita ataupun peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia ini. Kita perlu memahami dengan sebaiknya sesuatu pelajaran itu dan fikiran yang terbuka. Satu tindakan yang berkesan perlu diambil sekiranya kita telah pelajari sesuatu. Jika kita tidak mengambil pelajaran ini, maka kita perlu mengulangi lagi berkali-kali.

Kebanyakan kita hanya akan belajar hanya setelah kepala kena ketuk! Persoalannya MENGAPA? Ini menunjukkan kita lebih senang TIDAK BERUBAH dan hanya membuat sesuatu yang biasa kita buat sehinggalah kita terlanggar tembok. Apabila keadaan ini berlaku kita baru nak tersedar dan berfikir untuk mengambil pengajaran dalam kesusahan yang berlaku.

UPSR 2011

Salam....

Pelajar darjah 6 akan menduduki peperiksaan UPSR pada 13 September 2011. Oleh itu Bulan Ogos ini merupakan bulan akhir mereka belajar di VEC, yuran juga dibayar sehingga bulan Ogos. Pada awal bulan September iaitu selepas cuti raya aidilfitri, pelajar akan menghadiri program intensif yang akan diadakan di sekolah masing-masing.

Kami di VEC ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan kepada kami untuk membantu anak-anak tuan/puan dalam menghadapi peperiksaan ini. Ampun dan Maaf sekiranya ada silap dan salah dari pihak kami. Sempena bulan ramadan dan juga nuzul quran pada 17 Ogos ini, kami akan mendoakan kejayaan para pelajar kami semoga dipermudahkan mereka semasa menduduki peperiksaan nanti.

Iklas....
Sir Nizam
Virtual Excellent Centre