Tuesday, October 20, 2009

Sambutan Hari Raya di VEC 2009

Pada 17 Oktober 2009, bersamaan 28 Syawal 1430, pihak Virtual Excellent Centre buat julung-julung kalinya mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kedatangan pelajar dan ibu bapa dan penjaga adalah amat menggalakkan dan sungguh meriah. Pihak VEC juga ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan kuih-muih dan juadah yang disumbangkan oleh ibubapa penjaga. Diharapkan aktiviti ini akan dapat dijalankan lagi dimasa akan datang dan keakraban diantara kita kan terjalin dengan lebih erat lagi.
Kek Selamat Hari Raya ini disumbangkan oleh Ibubapa penjaga..... terima kasih.


Juadah yang disediakan.... coktail juga disumbangkan oleh ibu bapa penjaga..... terima kasih.

Juadah yang disediakan ialah Ayam masak pedas, lemang, ketupat, rendang daging, Mee Hoon singapore dan lontong.....



Otak-otak juga disumbangkan oleh ibubapa penjaga....... terima kasih...


Pihak Virtual Excellent Centre juga mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang telah meluangkan masa membantu menyediakan hidang di Centre dan juga pelajar yang membantu untuk menghidangkan kepada para tetamu yang hadir...... terima kasih......



Antara pelajar yang terawal sampai di majlis tersebut..... cantik dan bergaya dengan baju raya masing-masing....

Pelajar kecil makan dengan duduk bersila.......... hebat...