Tuesday, August 30, 2011

Pengambilan pelajar T1 dan T4 - kolej yayasan saad




Iklan diatas disiarkan pada 29 Ogos 2011 dalam akhbar Utusan Malaysia. Bagi pelajar yang berminat sila ambil tindakan segera.

Syarat dan kelayakan pemohon
Ting. 1
a) Minimum 3A 2B dalam keputusan percubaan UPSR

Calon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian yang akan diadakan pada bulan oktober 2011.

Ting. 4
a) Minimum 6A 2B dalam keputusan percubaan PMR

Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.


Tarikh tutup permohonan pada 15 September 2011.
borang boleh didapati di www.kysm.edu.my

motivasi

A Chinese proverb goes:

“If you are planning for a year, sow rice; if you are planning for a decade, plant trees; if you are planning for a lifetime, educate people”

Jadual bulan Septembar 2011

Salam...
Jadual bulan september telah dikeluarkan dan juga telah diedarkan kepada pelajar. Terdapat beberapa perubahan pada bulan September sempena bulan Syawal dan juga Peperiksaan UPSR. Bagi kelas-kelas yang tidak mencukupi harinya, kelas ganti akan dibuat pada bulan Oktober. Harap Maklum

Workshop UPSR


Borang pendaftaran program workshop UPSR. Borang ini telah diedarkan kepada pelajar. Tarikh tutup menyertai program ini adalah pada 8 September 2011. Sila maklumkan kepada VEC sekiranya berminat untuk menyertai program ini.

Monday, August 29, 2011

Salam aidilfitri




Salam aidilfitri....

Sir Nizam dan Teacher bersama anak-anak beraya di Kampung. Gambar ini diambil pada pagi raya. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar dan ibu bapa yang mengenali kami, Maaf jika ada silap dan salah jika ada ketelanjuran.

Sunday, August 28, 2011

Jalan ke SBP

Syarat baru murid miskin masuk SBP disambut baik

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Keputusan kerajaan melonggarkan syarat kemasukan murid miskin dan luar bandar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan 2012 disambut baik oleh pelbagai pihak.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pengenalan syarat baru kemasukan ke SBP bagi murid miskin dan luar bandar itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengubah taraf hidup murid berkenaan.

"Kelonggaran yang diberikan ini membolehkan pelajar miskin dan juga yang tinggal di luar bandar untuk mendapatkan akses pembelajaran yang lebih selesa dan sempurna

"Justeru, peluang yang dibuka kepada murid-murid ini tidak harus dipersiakan dan haruslah digunakan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, kelonggaran yang sama juga patut diperluas untuk syarat-syarat kemasukan ke universiti yang dilihat sangat penting.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, keputusan yang diambil kerajaan itu sangat wajar dan bertepatan dengan inspirasi kerajaan untuk melahirkan modal insan cemerlang.

"Bagaimanapun, pihak kami berharap kerajaan dapat menyediakan kelas tambahan kepada murid-murid ini agar mereka dapat bersaing mencapai pencapaian yang lebih cemerlang seperti kawan-kawan lain.

"Selain itu, bimbingan psikologi juga penting agar mereka berasa selesa untuk tinggal di asrama bersama rakan mereka lain yang mempunyai keputusan lebih cemerlang," katanya

Sementara itu, tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, peluang yang lebih terbuka kepada murid miskin dan luar bandar untuk memasuki SBP bertepatan dengan tujuan asal pembinaan 10 buah SBP semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2).

"Semasa itu, sekolah-sekolah serba kekurangan menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan sekolah asrama yang lengkap dengan kemudahan khusus kepada pelajar luar bandar.

"Rata-rata murid luar bandar dan miskin ini berkemampuan untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang jika diberi peluang yang sama rata seperti murid di bandar terutamanya dari segi akses untuk mendapatkan maklumat," katanya

Pendapat itu turut dikongsi oleh tokoh akademik, Tan Sri Khoo Kay Kim yang menyambut baik keputusan kerajaan kembali kepada tujuan asal penubuhan SBP bagi membantu murid yang kurang bernasib baik.

"Ketika itu, sekolah berasrama seperti di Ipoh dan Teluk Intan diwujudkan oleh British bagi membantu pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar untuk mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik dari guru paling berpengalaman," katanya.