Friday, December 31, 2010

Knowledge is power

Kajian yang dilakukan oleh "Harvard School" mendapati bahawa " 85% daripada kejayaan individu dan organisasi bergantung kepada ilmu peraturan alam dan sikap ( pengurusan dan kepimpinan ) dan hanya 15% disumberkan oleh ilmu teknikal".

Dimanakah ilmu kepimpinan dan pengurusan ini dapat diperolehi sedangkan disekolah-sekolah, 85% ilmu yang disampaikan adalah ilmu teknikal. Hal ini berlarutan hinggalah ke menara gading yang menyebabkan para graduan terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara manghafal dan memuntahkannya di atas kertas peperiksaan hingga menyebabkan mereka rasa kekok untuk mencari pekerjaan didunia sebenar atau dengan erti kata lain, hidup berdikari dan bersaing.

Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salam sayang..

Tahun 2010 akan berakhir tak lama lagi dan tahun 2011 akan menjelma. Vec mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011". Pastinya tahun 2010 telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dan tahun 2011 menuntut azam yang baru. Pada tahun 2011, VEC akan mencuba sebaik mungkin untuk mendidik pejuang-pejuang bangsa semoga diakhirnya akan mencapai kejayaan yang gemilang. Pelajar-pelajar juga diharapkan mempunyai semangat juang yang tinggi dan jitu untuk menempa kejayaan. Kejayaan akan dapat dicapai dengan membina sikap yang baik, bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Kita selama ini sememangnya dianggap sebagai orang yang tidak mempunyai daya juang dan sikap yang baik, tetapi pihak VEC percaya setiap dari kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu digembelingkan dan digilap supaya cahaya kejayaan akan bersinar jua nanti.

Tahun 2011 akan manjadi tahun yang cemerlang bagi kita semua. Selamat menyambut tahun baru dan bertekadlah mengubah sukap kita dan mengapai kejayaan.

VEC
30 Disember 2010.

Saturday, December 25, 2010

Selamat bercuti!!

Salam, bermula 26 disember sehingga 2 januari VEC akan bercuti dari kelas tiusyen. Maka kami akan balik ke kampung di Taiping untuk bercuti. Kepada pelajar-pelajar selamat bercuti, selamat membeli baju sekolah dan keperluan sekolah. Jaga diri baik-baik dan happy selalu.

Kepada pelajar yang menerima slip PMR, selamat maju jaya dan jangan kecewa jika keputusan tidak memberangsangkan. Tingkatkan lagi usaha semoga kejayaan di masa depan milik kamu... salam sayang semua

VEC...
Taiping

Friday, December 24, 2010

Happy Bes Day Nurin

Selamat ulang tahun buat Nurin Afrina , majlis di adakan di VEC pada 21 Disember 2010.

















Thursday, December 23, 2010

Happy Bes Day Annisa

Pada 4 Disember, Vec telah menyambut hari ulang tahun Annisa ( Darjah 2 ).















Wednesday, December 22, 2010

Jadual Pembelajaran - Januari 2011

Salam. Januari bagi sesi pembelajaran januari 2011 telah dikeluarkan.

Thursday, November 18, 2010

Jadual Pembelajaran Disember 2010

Salam ...
Jadual pembelajaran bagi bulan Disember telah dipaparkan dibawah. Jadual ini hanya untuk bulan disember sahaja. Pada bulan januari akan ada perubahan kerana palajar darjah 6 yang ramai dan terpaksa dipecahkan kepada 2 kumpulan. Pelajar Darjah 6 sila prihatin dengan peringatan ini dimana kamu boleh pilih kelas mana yang ingin diikuti. Sila maklumkan kepada saya.

Pada tahun ini pihak VEC tidak membuka kelas tingkatan 1 buat sementara waktu memandangkan pelajar baru habis menghadapi peperiksaan UPSR. Sekiranya kelas ini dibuka masa masanya ialah pada waktu petang. Saya mengjangkakan akan ada banyak kekangan yang wujud. Jadi kelas tingkatan 1 di bekukan buat sementara waktu.

Selamat bercuti... dan selamat kembali untuk belajar.

Saturday, November 13, 2010

Tahniah kepada calon UPSR 2010

Keputusan peperiksaan UPSR telah diketahui, tahniah kepada yang berjaya atas usaha gigih kamu. Yang kurang berjaya, ini bukan pengakhiran hidup ini tapi sebagai satu langkah permulaan untuk bangkit kembali dalam peperiksaan PMR 2013. Berusaha dengan gigih pasti akan berjaya...

sir nizam

Monday, November 8, 2010

SELAMAT BERCUTI

Salam,
For VEC students
Teacher and Sir wish you "Happy Holiday"
WE will meet again on Disember or January. So, I hope you will enjoy your holiday. By the way, don't forget to revise your lessons, especially for those who will face your big exam next year.Take care okay!

Love..
Teacher Liz

Wednesday, November 3, 2010

Sekitar PMR2010

Papan tanda "Dilarang Bising kerana peperiksaan sedang dijalankan"..






Usaha gigih pelajar PMR 2010

Salam....
Tahniah kepada pelajar tingkatan 3 tahun 2010..... usaha gigih anda pasti berbaloi-baloi. Melihat kepada gambar dibawah ini ia menunjukkan satu kesungguhan tanpa kenal penat lelah. Semoga kamu semua mendapat keputusan yang cemerlang. Ada yang tak sempat balik rumah datang ke centre dengan berbaju sekolah... ahak-ahak , nampak lainlah.







Thursday, October 7, 2010

2010VEC beraya

Salam...
Selamat HAri Raya... 2010...
Tahun ini pihak VEC berjaya sekali lagi menganjurkan perjumpaan Raya bagi tahun yang ke 2. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang datang membantu dan juga ibu bapa yang menyumbang sedikit juadah dan yang banyak membantu.

Sir dapat merasakan inilah sambutan raya yang happening... wow ada ramai pelajar dan ibi bapa penjaga yang datang dengan berbagai-bagai warna baju raya..... Pengetua sekolah sains dan isteri juga sempat singgah di majlis ini...

Terima kasih semua... jumpa lagi di reunion raya 2011.



2 biji kek yang disumbangkan sempena jamuan raya dan juga bes day TEACHER SHALIZA>
Terima kasih... sedap kek ini













Pengetua SM Sains Hulu Selangor dan isteri diiringi oleh Pn Masita dan keluarga sempat singgah di VEC bagi menyertai majlis ini. Terima kasih.




Tuesday, September 28, 2010

Jadual oktober 2010

Jadual VEC telah dikeluarkan untuk bulan Oktober 2010. Diharap pelajar, ibubapa / penjaga peka dengan jadual yang telah dikeluarkan. Terdapat beberapa kali kelas tambahan disebabkan oleh kelas ganti semasa cuti hari raya. Kepada pelajar jangan potong kelas kerana kamu semakin hampir kepada peperiksaan akhir tahun.

Borang pendaftaran semula pelajar akan diedarkan kepada pelajar pada bulan oktober ini untuk menempah tempat pada tahun 2011. VEC akan bercuti pada bulan NOVEMBER dan akan beroperasi semula pada bulan DISEMBER 2010 bagi meneruskan pelajaran pada tahun 2011.

Sunday, September 26, 2010

Jadual PMR 2010

Salam sayang...
Jadual PMR telah dikeluarkan. Di VEC juga jadual itu dipaparkan dengan penuh warna-warni. Minta perhatian pelajar semua, jangan alfa dan lalai. Perjuangan kita baru nak bermula... lupakan sebentar raya. Ingat kembali fakta dan strategi yang telah dibuat. Buktikan kepada dunia anda tergolong bersama-sama orang yang hebat... ayuh bangun !!

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

UPSR akan bermula pada esok hari 21 september 2010, selasa dengan paper BM1, Bm2 dan Mate 2. Selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan. Dibawah ini ada beberapa keratan akhbar yang menunjukkan bahawa setiap pelajar sedang berusaha dengan semaksimum mungkin untuk mencipta kejayaan. Pelajar VEC juga tidak ketinggalan...... sir dan teacher iringi doa kejayaan kepada kamu semua.










Sunday, September 19, 2010

Sir dan teacher jalan-jalan cari makan

Kami juga sempat singgah di wangsa walk dan menikmati sarapan di substation... sedap gak makan kat sini..















Kami jalan-jalan sementara menjalankan kelas pada waktu malam. KAmi singgah di Jusco AU2 dan juga sempat makan ikan bakar di Sekincan ikan bakar...










BOOM UPSR

Virtual Excellent Centre... VEC telah menjalankan sedikit motivasi untuk pelajar UPSR 2010. Kelas ini dijalankan semasa cuti raya, 16 September ( Khamis ) sempena hari Malaysia. Momentum pelajar yang tinggi ini menunjukkan bahawa satu keputusan yang diluar jangkaan akan dicipta oleh pelajar-pelajar ini. Sir dan Teacher sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik kami didunia dan akhirat...

Teruskan perjuangan.... jangan menyerah kalah dan yakinlan kamu akan berjaya dengan cemerlang


Gambar pelajar lelaki... UPSR 2010


Gambar pelajar perempuan... UPSr 2010


Gambar pelajar bersama teacher shaliza.... rasa-rasanya yang mana teacher?