Saturday, September 18, 2010

Jamuan raya darjah 6

Jamuan raya darrjah 6 di VEC telah diadakan kecil-kecilan, dimana pelajar membawa sedikit kuih setiap orang, bila dikumpulkan menjadi banyak. Pelajar tingkatan 3 dan darjah 4 pada malam itu juga dapat tumpang merasa kuih raya yang dibawa. Tahniah kepada pelajar yang menyumbang kuih raya. Semangat raya tetap kuat walaupun UPSR dah tak lama lagi...


Kuih raya yang telah dibawa... macam-macam ada...














Dua sekawan yang memakai baju raya.... nampak cute!







Tuesday, September 14, 2010

Bab 7 - Mesin

Mesin ringkas
- Alat yang membolehkan manusia menggunakan sedikit daya sahaja untuk membuat kerja dengan lebih mudah dan cepat.

- Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban.

a) Tuas ( lever )
- Semakin dekat jarak antara beban dengan fulkrum, semakin kurang daya diperlukan.

- Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga), beban (lihat bentuk segiempat) dan sebatang rod (kayu panjang).

- Semakin berkurang / dekat jarak fulkrum dengan beban, semakin berkurang / sedikit daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban.

- Semakin bertambah / jauh jarak fulkrum dengan beban, semakin bertambah / banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban.

- Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Ketiga – tiga kelas tuas ini dibezakan melalui bahagian mana antara fulkrum, daya dan beban yang berada di tengah – tengah sistem.

- Tuas Kelas Pertama (‘First Class Levers’)

Pada tuas kelas pertama fulkrum berada di tengah – tengah. Beban berada pada satu hujung dan daya di hujung yang satu lagi.
Satu contoh dalam kelas tuas ini ialah jongkang – jongkit. Beban ialah orang yang diangkat ke atas, dan daya ialah berat orang yang jatuh ke bawah. Fulkrum berada di tengah – tengah di antara mereka berdua.

-Tuas Kelas Kedua (‘Second Class Levers’)

Tuas kelas kedua ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya menentang, beban berada di tengah – tengah, dan daya berada pada hujung yang satu lagi.
Satu contoh bagi tuas kelas kedua ialah kereta sorong.
Contoh lain ialah pembuka botol, pemotong kertas dan pemecah buah keras.

- Tuas Kelas Ketiga (‘Third Class Lever’)

Tuas kelas ketiga ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya berada di tengah – tengah dan daya menentang, beban berada pada hujung yang satu lagi.
Contoh bagi Tuas kelas ketiga ini ialah joran memancing. Beban ialah ikan; hujung pemegang adalah fulkrum dan daya dikenakan pada bahagian tengah joran.

b) Roda dan gandar ( wheel and axle )
- Apabila roda berputar, gandar juga berputar.

- Roda dan Gandar adalah mesin ringkas yang terdiri daripada dua objek yang berbentuk bulatan yang berlainan saiz yang mana kedua – duanya bercantum antara satu sama lain. Roda bersaiz lebih besar. Ia memutarkan objek yang lebih kecil atau sebatang rod yang dinamakan sebagai Gandar.

- Roda dan gandar membantu kita mengangkat atau menggerakkan objek dengan mudah.

- Disebabkan roda adalah lebih besar daripada gandar, ia sentiasa bergerak pada jarak yang lebih jauh berbanding gandar. Daya yang dikenakan pada roda akan digandakan apabila ia dipindahkan pada gandar, yang mana gandar melalui jarak yang lebih dekat berbanding roda.

- Beberapa contoh alat yang menggunakan prinsip roda dan gandar ialah tombol pintu, pemutar skru, stereng kereta, roda dan gandar pada perigi, kepala paip, pembuka nat tayar kereta dan pengasah pensil.

c) Takal ( Pulley )
- Boleh mengubah arah daya supaya dapat menaikkan barang ke tempat lebih tinggi dengan mudah.

- Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur, mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut.

- Tali (atau kabel, rantai) menempati alur tersebut yang mana ia disambungkan kepada beban pada satu hujung dan daya dikenakan untuk melakukan kerja pada hujung yang satu lagi.

- Dalam kata yang lebih mudah, takal adalah mesin ringkas yang terdiri daripada satu roda yang berputar pada gandar. Tali akan melilit mengelilingi roda. Tali digunakan untuk menyambungkan beban dengan daya.

- Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat objek ke paras yang lebih tinggi.

- Takal membantu kita mengangkat beban yang berat, takal boleh memudahkan kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ke tempat yang lebih tinggi.

- Terdapat tiga jenis sistem takal iaitu :
#1. Takal tetap atau sistem takal kelas 1

Dalam sistem ini gandar takal tetap pada satu tempat. Roda tidak bergerak. Beban diikat pada satu hujung tali sementara daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi. Takal tetap hanya mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban. Ia tidak meningkatkan saiz daya.Daya yang dikenakan adalah sama dengan berat beban yang ditarik ke atas.Apabila tali ditarik ke bawah, beban akan ditarik ke atas. Jarak pergerakan beban adalah sama dengan jarak daya yang dikenakan.

#2. Takal bergerak atau sistem takal kelas 2

Dalam sistem ini gandar takal bebas bergerak. Hujung tali disambungkan pada satu titik tetap, manakala daya dikenakan pada hujung yang satu lagi.Apabila daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi, beban dan akan diangkat dan menggelunsur di sepanjang tali, atau dengan kata lain, takal bergerak adalah takal yang bergerak bersama- sama dengan beban pada arah yang sama. Takal bergerak tidak mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban.Daya akan dikenakan pada hujung tali menggandakan daya yang dikenakan ke atas beban. Takal bergerak menyebabkan daya yang dikenakan berkurangan berbanding berat beban.Jarak pergerakan daya yang dikenakan adalah lebih jauh berbanding beban.

#3. Takal bergabung

Takal bergabung ialah kombinasi takal tetap dan takal bergerak dalam satu sistem takal.Ia mengubah arah gerakan daya.Takal bergabung memudahkan kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah kurang daripada separuh berat beban.Kelebihan utama menggunakan takal bergabung ialah jumlah daya yang diperlukan ialah kurang daripada separuh berat beban. Kekurangan yang utama ialah daya perlu bergerak jauh.

d) Gear
- Terdiri daripada satu roda atau silinder bergigi, membantu mengubah kelajuan dan arah pergerakan.

- Gear adalah pengubahsuaian roda dan gandar. Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.

- Sama seperti mesin ringkas yang lain, gear boleh mengubah arah apabila daya dikenakan; atau meningkatkan atau mengurangkan daya, atau jarak di mana daya dikenakan.

- Dalam kata lain, gear memudahkan pergerakan. Gear membantu mengubah arah pergerakan dan kelajuan.

- Gear berfungsi secara berkumpulan. Dua gear yang menjalankan fungsi bersama dikenali sebagai gear gabungan. Gear yang mana dikenakan daya ke atasnya dikenali sebagai ‘gear pemutar’. Gear yang terakhir dalam aturan kumpulan dikenali sebagai ‘gear pengikut’.

- Apabila satu gear berputar mengikut arah jam, gear yang satu lagi berputar pada arah yang melawan arah putaran jam.

- Apabila gear yang bersaiz besar berputar sekali, gear yang bersaiz kecil berputar banyak kali. Oleh itu, gear yang bersaiz kecil berputar lebih cepat berbanding gear yang bersaiz lebih besar. Dalam pasangan gear, gear yang lebih besar akan berputar lebih perlahan berbanding gear yang bersaiz lebih kecil, tetapi berputar dengan daya yang lebih besar.

e) Satah condong
- Mengurangkan daya yang diperlukan untuk menaikkan atau menurunkan sesuatu bahan dari tempat yang tinggi.

- Satah condong merupakan sebarang permukaan condong atau bersudut. Satah condong adalah mesin ringkas yang memudahkan kita untuk mengalihkan objek dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi.

- Kelebihan utama dalam dalam menggunakan satah condong ialah ia hanya memerlukan daya yang sedikit untuk menolak objek melalui satah condong daripada ia diangkat secara menegak.

- Satah contoh memudahkan dengan hanya perlu mengenakan daya yang sedikit tetapi perlu melalui jarak yang agak jauh untuk menggerakkan beban.


f) Baji ( Wedge )
- Digunakan untuk memotong atau memisahkan objek / benda

- Baji adalah mesin ringkas berbentuk seperti satah condong. Baji adalah satah condong yang boleh bergerak.

- Baji digunakan untuk memisahkan dua objek, atau membahagikan objek, dengan mengenakan daya ke atasnya.

- Daya yang kecil, dikenakan pada bahagian yang lebih lebar pada baji dan menolak bahagian tajam ke dalam sesuatu, yang mana akan menghasilkan daya yang kuat untuk menolak bahagian tersebut mengarah ke luar.

- Baji boleh terdiri daripada satu atau dua satah condong, yang mempunyai hujung yang tajam, yang akan memisah, dan memotong atau menggerakkan, memegang dan memberhentikan objek.

- Contoh baji yang mempunyai satu satah condong ialah penyendal pintu, alat peraut tukang kayu dan alt penyendal tayar; dengan dua satah condong ialah pisau, kapak dan pahat.

- Penyodok tanah, pengorek tanah dan alat pemecah ais adalah tiga contoh baji yang boleh mengangkat dan memindahkan objek. Ia lebih mudah mengangkat objek menggunakan baji berbanding menggunakan tangan.

g)Skru
- Digunakan untuk mencantumkan dua objek

- Skru boleh dikatakan sebagai satah condong yang mengelilingi suatu paksi tengah.

- Skru ialah satah condong berbentuk bebenang yang mengelilingi dan berpilin (melingkari) menegak ke atas, dengan baji pada hujungnya.

- Skru bertindak sebagai mesin ringkas apabila daya dikenakan pada bahagian bulatan yang lebih besar pada skru. Sebagai contoh, seorang akan mengenakan daya pada skru kayu dengan memusingkan pemutar skru. Daya kemudian dipindahkan ke bahagian berpilin skru yang dikenali sebagai bebenang ke arah hujung skru.

- Skru mempunyai dua fungsi utama. Fungsi pertama, ia digunakan untuk memegang dan memasang beberapa objek bersama. Contoh yang mudah ialah skru – skru kayu dan logam, dan juga skru pada balang dan botol serta pada penutupnya.

-Fungsi kedua, skru juga digunakan untuk mengenakan daya pada sesuatu objek. Skru ditemui pada ragum, pengapit G, alat pemegang paip, alat pencabut kabus adalah contoh – contoh aplikasi ini.

Mesin kompleks

Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.

- Terdiri lebih daripada satu mesin ringkas
a) Pemukul telur
b) Basikal
c) Kren
d) Jam tangan
e) Gerudi tangan
f) Pengapit
g) Gunting
h) Kereta sorong

Kehidupan tanpa mesin
- Sukar dan susah
- Perlu lebih banyak tenaga atau daya
- Kerja dengan tangan sahaja
- Mengambil masa yang lebih lama untuk melengkapkan suatu tugasan
- Pembangunan yang lambat

Sumbangan mesin
- Membuatkan kerja dan tugasan dengan lebih mudah dan cepat
- Memperbaiki kehidupan
- Menjimatkan masa
- Meningkatkan kualiti dan kuantiti produk
- Meningkatkan taraf kehidupan
- Lebih berkesan

Monday, September 13, 2010

UPSR 2010

Salam sayang.

Peperiksaan UPSR tidak berapa lama lagi, hanya tinggal lagi beberapa hari lagi. Sudahkan anda yang bakal menduduki peperiksaan ini bersedia? Rasanya telah banyak tip-tip yang telah diberikan dan yang telah dikumpulkan oleh para pelajar. Namun adakah tip-tip itu cukup berguna sekiranya kamu sendiri yang tidak bersedia.

Peperiksaan UPSR datang dan pergi setiap tahun, selepas peperiksaan berakhir kita dapat mendengar segala macam keluhan... soalan target tak keluar, orang lain dapat soalan bocor, tak cukup masa menjawap soalan dan bermacam-macam lagi. Semua itu mengambarkan yang seseorang itu tidak bersedia sepenuhnya. Maka jalan paling mudah dengan mengeluarkan keluhan ataupun menyalahkan orang lain. Seperti dalam iklan di hot fm.... kalau kau tak ajak aku keluar semalam / cikgu ni tak pandai mengajarlah dan sebagainya.



Sekiranya para pelajar telah siap sedia dengan mantap dan penuh yakin, maka hanya masa yang akan menjadi penentu kejayaan. Ingatlah soalah UPSR itu tidak begitu susah, kamu telah belajar disekolah selama 6 tahun dan hanya bertenang dan mengigatikan apa yang telah dipelajari di sekolah dan pusat tiusyen atau dimana-mana.

Perlu diingatkan kata kunci dan perlu menjawab apa yang ditanya bukannya apa yang kamu tahu.

Tarik nafas dalam-dalam dan selamat berjuang.... Jadilah pejuang yang tulen dengan menggunakan masa dengan sepenuhnya dan balaslah jasa ibu dan ayah dengan menghadiahkan sekumtum senyuman di akhir tahun nanti apabila keputusan akan diumumkan.

Jumpa lagi