Wednesday, September 14, 2011

Bilangan calon UPSR 2011

Calon yang menduduki UPSR pada tahun 2011 ialah seramai 497,691 orang pelajar.
Selamat berjaya....

Syarat lulus B.I bagi SPM

Kaji SPM wajib lulus BI
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat keputusan sama ada semua pelajar tingkatan lima wajib lulus Bahasa Inggeris bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Menurutnya, ketika ini kementerian masih meneliti cadangan yang mewajibkan pengambil SPM lulus mata pelajaran terbabit dan ia masih lagi dalam fasa kajian menyeluruh sebelum sebarang pengumuman dapat dibuat. “Kita sedang meneliti dan kaji perkara ini. Kalau kita punyai guru Bahasa Inggeris mencukupi dan boleh dihantar ke semua sekolah di seluruh negara dengan kurikulum pembelajarannya baru....mungkin kita akan letakkan sasaran wajib lulus.


“Keputusannya tidak lama lagi selepas kita menilai prestasi sedia ada,” katanya selepas Majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, semalam. Cadangan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris bagi memperoleh sijil SPM antara lain mahu memastikan pelajar Malaysia mampu menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cemerlang.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, proses pembelajaran Bahasa Inggeris perlu dinilai sepanjang masa dan bukan hanya ketika musim peperiksaan.


Katanya, usaha meningkatkan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran berkenaan sedang dipergiatkan, malah kementerian sudah mula meneliti aspek berkaitan sejak mengkaji balik kurikulum dan memperkenalkan kandungan baru.


“Kita masukkan pelbagai kandungan yang menyeronokkan, komponen tatabahasa, sastera dan menambah waktu untuk belajar dan yang penting kita tekankan aspek tenaga pengajar terlatih.

“Sebab itu diadakan skim membawa masuk adi guru atau ‘master teacher’ dari United Kingdom yang kita tempatkan di zon seluruh negara untuk memantau cara guru Bahasa Inggeris mengajar di sekolah.


“Ini dah kita laksana...,tapi saya belum dapat lagi laporan bagaimana prestasi hasil pelaksanaan program pertama ini,” katanya.

Beliau berkata, tahun depan kerajaan akan menokok usaha terbabit dengan membawa masuk pakar Bahasa Inggeris di bawah program Fulbright English Teaching Assistant (Fulbright ETA) dari Amerika Syarikat.


“Ini adalah sasaran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dulu dan mereka sudah bersetuju. Awal tahun ini seramai 50 orang tenaga pengajar akan dibawa masuk, tapi jangkaannya sehingga 300 guru dari Amerika Syarikat,” katanya. Muhyiddin turut meminta supaya semua pihak tidak gopoh menilai kejayaan program dilaksana dalam tempoh singkat, sebaliknya keberhasilannya perlu dinilai menjelang dua atau tiga tahun akan datang.

Tuesday, September 13, 2011

CATATAN WORKSHOP UPSR 2011






















Pelajar makan tengahari pada workshop ke 2 iaitu nasi ayam.







Pelajar yang mengikuti workshop PMR sedang dibimbing.