Tuesday, January 11, 2011

suasana kelas VEC 2011

Salam.
Gambar di bawah menunjukkan kelas pada minggu pertama di VEC.
Darjah 3 bagi tahun 2011




Darjah 2 bagi tahun 2011


Minggu pertama 2011

Salam....
Minggu pertama 2011 telah berlalu...... wah! satu situasi yang memberangsangkan di kelas VEC. Sambutan yang sangat menggalakkan bagi semua kelas yang dibuka. Bagi pelajar yang telah mendapat tempat, tahniah buat anda kerana akan belajar bersama-sama kami di VEC dan ribuan kemaafan bagi mereka yang tidak mendapat tempat di VEC.

Tahniah juga bagi pelajar PMR 2010 yang telah mencapai kejayaan iaitu Izzati Iffah (9A), Mazliana (7A), Athirah (5A), dan Zarif (5A) ( telah menghantar satu salinan keputusan PMR ke VEC ). Teruskan kecemerlangan anda.

Pihak VEC akan meneruskan keazaman yang jitu bagi melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang. Bagi merealisasikan satu sasaran kecemerlangan yang tinggi, pihak VEC telah merangka satu program yang dijangka akan memberikan impak yang besar dalam merealisasikan apa yang diharapkan (Insyaallah).

Kepada ibu bapa, terima kasih atas kepercayaan dan diharapkan dapat menyokong dan memberikan kerjasama dan idea kepada pihak VEC. Sama-sama kita berusaha dan berdoa untuk kecemerlangan pelajar VEC.

Ribuan terima kasih.
VEC